Friday, August 27, 2010

A Big Thank You

Thank You all for supporting me. This is a big responsibility that I will carry with all my heart. Thank You for your support.

I wish all of you Selamat Berpuasa and may all of you always in Allah S.W.T bless and great day ahead.

Monday, August 23, 2010

Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri



Pada 19 Ogos yang lepas, saya telah menerima jemputan khas daripada Malaysian Youth Association (MYA) untuk menghadiri Sesi Berbuka Puasa dan Makan Malam bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib dan Isterinya Datin Sri Rosmah di Kediaman Rasmi Perdana Menteri.

Tujuan sesi buka puasa dan malam ini lebih kepada malam ramah mesra bersama wakil-wakil pelajar dari seluruh IPT di Malaysia.Saya bersama-sama pemimpin pelajar dari seluruh IPT seramai 60 orang berpeluang mendekati Perdana Menteri bagi menyampaikan segala informasi dan berkongsi pendapat bersama Pemimpin Nombor Satu Malaysia itu.


Majlis dimulakan dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, seterusnya buka puasa, solat tarawikh dan moreh.


Dato' Sri merupakan seorang pemimpin yang sangat berkaliber dan mesra rakyat.Beliau sudi berkongsi pandangan bersama-sama pemimpin pelajar walaupun sehingga larut malam.Peluang bertemu dengan Dato' Sri merupakan peluang keemasan yang jarang-jarang muncul.Malam yang indah dan penuh kenangan.
      
 

  
   



Calon No 15 !

Di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) sedang hangat berlangsung pilihanraya bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baru.

Saya suka mengingatkan anda semua untuk memilih yang terbaik dari yang terbaik bagi memastikan hak dan suara anda dijaga dan didengar di Uniten.Sesungguhnya masa depan anda di Uniten terletak pada tangan anda, anda yang mengundi, anda yang menentukannya.

Saya dan 14 lagi calon yang lain akan bertanding dalam pilihanraya kali ini yang akan diadakan pada hari Rabu (25 Ogos 2010)

Vote for me candidate No 15 ! Because I will support :
  1. Student Development - to enhance student development.
  2. Communication - to operate as a medium of communication between student and management.
  3. Entrepreneurship - to promote entrepreneurship by intorducing new methods that actually work.
  4. Neutrality - to become unbiased towards all club and society.
  5. Chances - to create more opportunities to students.

" VISIONARY , TRUSTWORTHY , FRIENDLY "

VOTE FOR 15 !




Pengenalan

Assalamualaikumwarahmatullahita'alawabarokatu dan Salam Sejahtera.

Pertama kalinya syukur kehadarat Illahi, diatas limpah rahmat dan kurnianya kita dapat menjalani kehidupan kita dengan baik dan sempurna.Bagi umat Islam, bulan puasa ini lebih banyak rahmat dan berkat yang diberikan Allah kepada kita, syukur Allah masih mengingati hambaNya walaupun ada kalanya kita terpesong dari landasannya.

Selamat Datang ke Blog Izwan Omar, InsyaAllah blog ini akan dijadikan medium bagi kita semua berkongsi segala apa jua cadangan, masalah dan pandangan yang boleh memberi manfaat yang berguna untuk perubahan yang lebih baik pada masa hadapan disamping merapatkan silaturrahim dan menambah kenalan diantara kita.

Pepatah melayu ada berkata " Tak Kenal Maka Tak Cinta Tahu "


BIODATA



Nama                    : Mohamad Izwan bin Mohd Omar
Tarikh Lahir         : 30 Mac 1989
Asal                       : Alor Setar, Kedah
Pendidikan           :

  • Rendah : Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar Kedah
  • Menengah : Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar Kedah
  • Universiti : Universiti Tenaga Nasional

Tahun Pengajian   : 3
Program                : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam


Semoga kita semua dapat kenal antara satu sama lain dengan lebih rapat.Jangan lupa untuk singgah dan tinggalkan sebarang komen, saya sangat menghargainya.
Have a nice day :)