Monday, August 23, 2010

Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri



Pada 19 Ogos yang lepas, saya telah menerima jemputan khas daripada Malaysian Youth Association (MYA) untuk menghadiri Sesi Berbuka Puasa dan Makan Malam bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib dan Isterinya Datin Sri Rosmah di Kediaman Rasmi Perdana Menteri.

Tujuan sesi buka puasa dan malam ini lebih kepada malam ramah mesra bersama wakil-wakil pelajar dari seluruh IPT di Malaysia.Saya bersama-sama pemimpin pelajar dari seluruh IPT seramai 60 orang berpeluang mendekati Perdana Menteri bagi menyampaikan segala informasi dan berkongsi pendapat bersama Pemimpin Nombor Satu Malaysia itu.


Majlis dimulakan dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, seterusnya buka puasa, solat tarawikh dan moreh.


Dato' Sri merupakan seorang pemimpin yang sangat berkaliber dan mesra rakyat.Beliau sudi berkongsi pandangan bersama-sama pemimpin pelajar walaupun sehingga larut malam.Peluang bertemu dengan Dato' Sri merupakan peluang keemasan yang jarang-jarang muncul.Malam yang indah dan penuh kenangan.
      
 

  
   



3 comments:

  1. pada masa ini calon-calon lain meluangkan masa berbuka bersama pelajar-pelajar lain di program Grand Iftar 2 anjuran MPP. Nampaknya calon-calon lain lagi mesra pelajar.

    Terdapat juga wakil pelajar UNITEN yang dijemput terus dari Dato' Sri hadir pada majlis tersebut tetapi nampaknya calon 15 ini tidak mesra bersama mereka.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Perlu diingat Program Grand Iftar hanya menjemput wakil kelab dan persatuan dari Uniten, dan itu pun bilangan mereka terhad.Lima orang wakil dari satu kelab.

    Dan perlu diingat juga, calon no 15 bukanlah berlatarbelakangkan kelab dan persatuan bukan seperti saudara/i.

    Dan saya juga suka mengingatkan bahawa bukan semua ke lima belas-lima belas calon yang ada latarbelakang kelab dari Uniten.Apa yang saya perhatikan terdapat hampir lima calon yang bertanding tidak mempunyai latar belakang kelab dan mereka turut akui dalam pidato mereka yang telah diadakan di COE dan COIT.

    Adakah wajar dikatakan mereka yang tidak menyertai Grand Iftar itu tidak mesra pelajar ?
    Saya tidak tahu, terpulang pada pemikiran saudara/i Jumud atau luas.

    Kerana saya yakin mereka (pelajar uniten) yang hadir ke majlis berbuka puasa juga memilih untuk berada di majlis tersebut berbanding majlis grand iftar anjuran mpp itu.boleh saya katakan mereka juga tidak mesra pelajar atau kurang mesra pelajar ? saya pasti mereka hadir ke majlis tersebut untuk melihat secara dekat Perdana Menteri kerana ia peluang yang jarang ditemui, begitu juga dengan calon no 15 ini.Saya kira jika saudara/i dijemput untuk berbuka puasa bersama perdana menteri, saya pasti saudara/i juga akan turut hadir.

    Jika hendak dibangkitkan bahawa calon 15 tidak mesra bersama mereka yakni pelajar Uniten semasa majlis buka puasa bersama Dato' Sri, saya kira itu observertif yang salah.

    saya juga turut hadir di majlis tersebut, dan saya lihat bahawa pelajar tersebut yang hadir berbual elok saja dengan calon.saya kurang pasti apa definisi mesra saudara/i ? berpegangan tangan ? berpelukan ? nauzubillah.
    Saya kurang pasti jika saudara/i turut berada di tempat kejadian.Jika ya, saya kira masih banyak perkara yang hendak saya katakan dan buktikan.

    saya kira komen membina lebih afdhal bagi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
    maaf dari saya.

    ReplyDelete